Wednesday 14 March 2012

DAMAILAH SEKUNTUM BUNGA SYURGA

Alfatihah buat arwah Nurul Nadhirah Abdullah @ Dirang selepas pihak polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah miliknya.


dan takziah buat seisi keluarga arwah. semoga terus tabah berdepan situasi ini....
huuuuuuuu...sedihhhh....sampai bila kejadian macam ni akan terus berlaku?
tak cukup ke dengan kes nurul huda, nurin jazlin, dan beberapa bunga-bunga syurga yang lain?

buat ziha yang punya anak kecil rasa takut untuk lepaskan diorang bermain walaupun di halaman rumah sendiri..
dan tak dapat ziha bayang kan kalau ziha sendiri berdepan dengan situasi macam ni.
memang sah penjenayah yang terbabit dalam kes bunuh dan bakar itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusiaan, menyeksa insan kerdil yang tidak berdosa.
semoga suspek yang terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin!!

apapun, mencegah lebih baik dari mengubati. Cegahlah dari awal. sebagai ibubapa, kitalah berperanan dan bertanggungjawab melindungi. Ambil precaution terbaik untuk melindungi anak anak anda tak kira apa sekalipun.

2 comments:

  1. Nak click like macam mana? Hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah..i letak lepas niiii :)
      nway, thanks for liking :)

      Delete