Saturday 3 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
[Furqan:74]


dengan tafsiran ayat di atas sebagai permulaan, marilah kita sama-sama share cara mengatasi masalah komunikasi suami isteri yang antara menjadi punca keruntuhan institusi kekeluargaan pada masa ini..



hmmmm...kenapa serious sangat bunyinya post aku kali ni?????

straight to the point, antara cara kita nak kekalkan hubungan suami isteri yang baik adalah:
  • Menzahirkan kasih sayang dan prihatin pasangan- suami isteri berusaha untuk membuatkan pasangan masing-masing merasa disayangi dan terpamer keperihatinan mereka pada pasangan.
  • Menghidupkan budaya ‘syura’ dalam keluarga – suami isteri berusaha untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw ini agar semua pihak merasai tanggung jawab bersama.
  • Mengguna kata-kata positif, bukan negatif bila menegur – suami isteri berusaha mengelakkan penggunaan kata-kata yang bersifat sindiran atau menyalahkan pasangan.
  • Memuji dan menghargai pasangan – suami isteri berusaha menghargai setiap tindak tanduk pasangan dengan kata-kata pujian dan penghargaan serta mengelak dari membandingkan pasangan dengan orang lain.
  • Mengelakkan buruk sangka dan berpada dalam mencemburui pasangan – suami isteri berusaha bersangka baik terhadap pasangan serta peka dengan hasutan syaitan yang sentiasa meniupkan rasa cemburu untuk memporak perandakan rumahtangga.

1 contoh situasi daripada buku Men are from Mars, Women are from Venus:








suatu hari yang sungguh memenatkan, Mary pulang ke rumah dan mahu berkongsi perasaannya dengan suami tercinta tentang hari tersebut.


Dia berkata kepada suaminya, Tom, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."


Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar apa yang mereka katakan. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."


Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."


Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."


Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."


Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa berbanding sebelumnya. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.


Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.


Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, dia secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.
 situasi yang sepatutnya...
Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."


Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."


Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkerut, "Oh, tidak."


Mary berkata, "Dia amat memerlukan saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."


Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."

kesimpulannya, terimalah pasangan seadanya kerana kedua-duanya berasal daripada planet yang berbeza...sudah tentu segala-galanya juga berbeza..

Semoga perasaan cinta dan kasih sayang terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.





No comments:

Post a Comment