Friday 2 March 2012

CARA MANDIKAN BAYI

hari ni ziha nak share cara mandikan baby seawal lepas lahir..
coz ziha sendiri berjaya memandikan baby seawal 2 hari lepas bersalin..
bukan apa, ramai sangat di kalangan kita kekok & ngeri nak mandikan baby..
bagi ziha paling ngeri dengan tali pusat baby yang belum tanggal tu....hiiiiiii
tapi alhamdulillah, bila kita yakin, semuanya jadi....
barula ibu sejati namanya..hehe








tips memandikan baby yang dapat ziha share antaranya:
  • pastikan semua kelengkapan selepas mandi seperti baju, pampers, barut, minyak yuyee, tuaman baby, kapas, spirit, dah disediakan supaya baby tak kesejukan lepas berenang dalam basin dan memudahkan urusan kita...
  • kemudian, siapkan air mandian baby, dan cedok segayung untuk bilasan terakhir..jangan terlalu sejuk bagi mengelakkan hipotermia dan jangan pula terlalu panas bagi mengelakkan kecederaan pada kulit baby..
  • jangan lupa kemudian, sangkutkan siap-siap tuala baby kat leher..
  • barulah bukakan pakaian baby dan mandikan baby tapi pastikan badan baby dibalut dengan kain atau napkin bagi mengelakkan baby sejuk...
  • mulakan dengan syampoo kepala baby. Hati-hati dengan syampoo supaya tak terkena mata bayi. Tak kira lah syampoo tu pedih ke tak sebab dah menangis karang kelam kabut pulak sebab kita tak tau pedih atau tak syampu tu. Kepit telinga baby supaya supaya tidak dimasuki air.

  • lap kepala baby kering-kering..
  • then sabun dan bilas sebelah depan dan belakang badan baby. Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung. Untuk dapat kulit yang gebu, ziha guna sabun berubat SEBAMED
  • Habis mandi, lap dan keringkan dengan tuala dan balut bayi supaya tak kesejukan.
  • Tuam perut dan sapu minyak di tapak kaki , perut, pinggang, pelipat dan pakaikan barut, pampers dan baju.
  • Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

    * Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat. Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.
  • bayi akan berasa lapar selepas proses mandian. so, ziha akan spend masa susukan baby sambil-sambil usap-usap badan dan tangannya.

2 comments: